Permohonan hanya terbuka kepada mereka yang memenuhi kriteria kelayakan berikut:
- Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera berumur di antara 18 - 30 TAHUN ;
- Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai Sijil Kemahiran / Sijil Teknikal (TVET) daripada mana-mana institusi atau pusat latihan kemahiran dan mempunyai minat mendalam menjalankan perniagaan sebagai kerjaya.
- Sekiranya pemohon telah mendaftar perniagaan, pendaftaran hendaklah kurang dari 12 bulan sewaktu tarikh tamat permohonan dalam talian (31 Mei 2023)
- Hanya mengambilkira pendaftaran perniagaan kali pertama. Sekiranya pembaharuan pendaftaran atau pendaftaran kali kedua, maka tarikh perdaftaran baharu/ kali kedua tidak diambil kira.
- Bagi graduan institusi pengajian yang telah mendaftarkan perniagaan, tempoh tamat pengajian rasmi mestilah kurang dari 12 bulan. Pemohon perlu lampirkan salinan surat pengesahan tamat belajar melalui pautan yang boleh dimuat turun (Contoh: Dropbox, Google Drive dan lain-lain)
- Sihat tubuh badan/ tidak hamil dan komited untuk mengikuti latihan secara dalam talian (8.00 pagi hingga 5.00 petang).
- Pemohon hendaklah.
- tidak pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah;
- tidak pernah diisytiharkan muflis dan
- Pemohon yang sedang berada di dalam proses kebankrapan dan / atau proses tindakan Mahkamah juga tidak layak memohon.
- Pemohon bukan merupakan keluarga terdekat dengan mana-mana pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia. Definisi keluarga terdekat adalah seperti berikut:
- Isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
- Adik atau abang atau kakak pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia;
- Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
- Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke atas atau ke bawah dengan isteri atau suami pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
- Orang yang mempunyai pertalian nasab langsung ke bawah dengan orang yang disebut dalam perenggan b
- Bapa saudara, emak saudara atau sepupu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
- Menantu pegawai dan kakitangan SME Corp. Malaysia
- Bagi pemohon yang merupakan pasangan suami isteri atau adik-beradik
- hanya salah seorang sahaja yang layak / boleh dipertimbangkan menyertai program pada tahun semasa.
- hanya salah seorang sahaja daripada pasangan suami / isteri / adik-beradik untuk setiap pengambilan.
- Pemohon tidak bekerja
- Pekerjaan sama ada di dalam sektor awam atau sektor swasta; atau
- Pekerjaan sama ada bertaraf tetap, kontrak, sambilan atau sementara; atau
- Bagi pekerja sambilan yang terpilih, beliau perlu berhenti dan menumpukan sepenuh perhatian bagi menjalankan perniagaan.
- Pemohon tidak pernah menyertai Program ini sebelumnya (TUBE 1.0 hingga TUBE 8.0, TUBE@IPT, TUBE@PENJANA dan TUBE@PEMERKASA).
- Pemohon yang pernah atau telah mengikuti sepenuhnya Fasa 1 dan Fasa 2 bagi latihan yang diadakan secara fizikal atau Fasa 1 bagi latihan yang diadakan secara dalam talian tetapi tidak dipertimbangkan GP semasa tamat Program TUBE yang disertai adalah tidak lagi layak memohon.
- Bagi pemohon yang merupakan pelajar institut pengajian tinggi semester akhir di tahun akhir pengajian
- sekiranya memenuhi kriteria kelayakan permohonan dan diterima mengikuti program, pemohon dikehendaki untuk TIDAK menyambung pelajaran dalam tempoh satu (1) tahun / dua belas (12) bulan dari tarikh akhir sesi latihan TUBE yang disertai sebagai komitmen kepada Fasa 3 program ini; dan
- pemohon bukan dalam tempoh menjalani latihan industri semasa Program TUBE 9.0 dijalankan kelak.
Pemohon hendaklah MEMENUHI SEMUA kriteria kelayakan yang dinyatakan. Sekiranya didapati bahawa pemohon tidak memenuhi salah satu / mana-mana kriteria dinyatakan di atas, pemohon secara langsung adalah TIDAK LAYAK untuk dipertimbangkan. Sekiranya didapati pemohon mengemukakan maklumat palsu, permohonan akan DIBATALKAN serta merta.